SELAMAT DATANG
KAUM - KAUM TERKENAL DI MALAYSIA
by: NOR SHUHADA
MELAYU
![]() |
PAKAIAN KAUM MELAYU |
Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia.Orang Melayu, yang menyumbang lebih separuh penduduk Malaysia, memainkan peranan dominan secara politik dan dimasukkan ke dalam kumpulan yang dikenal pasti sebagai bumiputra. Bahasa ibunda mereka, Bahasa Malaysia, adalah bahasa kebangsaan negara. Dengan definisi perlembagaan Malaysia, semua orang Melayu adalah orang Islam. Orang Asal, penduduk terawal Malaya, membentuk hanya 0.5 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia pada tahun 2000,tetapi mewakili majoriti di Malaysia Timur. Di Sarawak, kebanyakan kumpulan orang bukan Islam diklasifikasikan sebagai orang Dayak, dan mereka membentuk kira-kira 40 peratus penduduk di negeri ini. Ramai suku telah memeluk agama Kristian.140,000 Orang Asli, terdiri daripada beberapa komuniti etnik yang berbeza di Semenanjung Malaysia.
Adat Melawat dan Berkunjung
Berikut beberapa panduan mengenai adat resam orang Melayu berhubung dengan lawatan dan kunjungan.
Berikut beberapa panduan mengenai adat resam orang Melayu berhubung dengan lawatan dan kunjungan.
- Bagi pengunjung beragama Islam apabila tiba di rumah yang dikunjungi hendaklah memberikan salam dengan ucapan “Assalamualaikum”.
- Sebelum masuk ke dalam rumah orang Melayu, pengunjung hendaklah menanggalkan kasut.
- Jika pada masa itu telah ada tetamu lain, pengunjung hendaklah mengenalkan diri dan menundukkan sedikit kepala tanda hormat sambil berjabat tangan.
- Apabila seseorang ingin berjalan lalu dihadapan datu kumpulan atau perhimpunan orang ramai hendaklah menundukkan sedikit kepada dengan menghulkurkan sebelah tangan. Ucapan – ucapan yang sesuai bagi maksud ini ialah ‘ maafkan saya, tumpang lalu, minta jalan’.
- Adalah menjadi kebiasaan rumah Melayu , secara tradisinya, tetamu dan tuan rumah dudk bersila. Bagi orang lelaki duduknya bersilang kaki dan bagi orang perempuan bersimpuh. Jika duduk di kerusi ia adalah dianggap kurang sopan apabila seseorang itu bersilang kaki sehingga nampak tapak kaki, berlunjur lurus ataupun membuka kaki dengan luas.
- Apabila tuan rumah menghidangkan makanan adalah tidak manis tetamu menolaknya. Jika sudah kenyang sekalipun hendaklah ia merasa sedikit hidangan yang disajikan itu.
- Anak gadis dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua. Jangan senduk terlalu penuh atau sedikit tetapi sederhana banyaknya. Biarkan orang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah orang muda kerana tidak sopan membiarkan ornag lebih tua memakan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang menyediakan peraturan orang muda makan berasingan daripada orang tua atau orang tua makan dahulu. Bagaimanapun amalan ini tidak begitu sesuai jika kita mahu menanamkan kemesraan dan kekeluargaan di kalangan anak – anak.
- Seeloknya ambillah hidangan yang berhampiran dengan kita jangan menjangkau makanan yang terletak jauh dan sukar dicapai. Jika kita berkehendakkan makanan yang sukar dicapai mintalah bantuan orang lain yang berdekatan.
- Ketika menghulur atau menyambut seeloknya siku atau pergelangan tanggan ditampung sedikit dengan tangan sebelah lagi. Ketika menyenduk kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor. Bunyi ketika menyenduk dianggap kurang sopan dan kasar. Jangan bercakap ketika makan apatah lagi ketika mulut penuh.
- Jika bercakap pastikan tidak menimbulkan perkara – perkara kurng menyenangkan sehingga boleh menganggu selera makan atau menyebabkan pertengkaran.
- Jangan bersiul terutamanya ketika berada dalam rumah kerana perbuatan itu dianggap biadap dan tidak menghormati ornag lain.
- Gunakan nada suara sederhana bila bercakap terutamanyaa golongan muda. Jangan sesekali meninggikan suara seperti orang menengking.
- Jika hendak bercakap sesuatu kepada orng yang berada agak jauh dari kita, hampirilah dia jangan bercakap dengan menjerit – jerit dati satu sudut ke satu sudut.
- Seorang isteri seeloknya bangun dan masuk tidur awal daripada suami. Lebih sopan kalau tidur menghadap suami bukan membelakanginya.
Menyambut Kelahiran
Apabila seseorang wanita didapati hamil, beberapa acara dan pantang larang terpaksa dilalui. Secara umumnya, upacara tersebut diadakan bertujuan mendoakan kesihatan dan keselamatan bakal ibu dan janinnya selamat dari segala bala dan godaan atau gangguan mahkluk halus.
Apabila seseorang wanita didapati hamil, beberapa acara dan pantang larang terpaksa dilalui. Secara umumnya, upacara tersebut diadakan bertujuan mendoakan kesihatan dan keselamatan bakal ibu dan janinnya selamat dari segala bala dan godaan atau gangguan mahkluk halus.
Dalam masyarakat Melayu pada pendapat umumnya menyatakan wanita hamil yang sentiasa gembira akan melahirkan bayi yang riang dan terhindar dari segala kecelakaan. Jadi wanita yang mengandung dielakkan dari mendengar, melihat dan bercakap perkara – perkara yang buruk. Antara adat menyambut kelahiran ialah seperti:
- Menempah bidan
- Menjamah perut
- Melenggang perut
- Mandi melenggang perut
- Mengadap semangat
Menempah Bidan
Setelah genap tujuh bulan seseorang wanita mengandung, mertua wnita tersebut akan bersiap sedia dengan berbagai alat untuk melenggang per serta menempah bidan. Masa yang baik selalunya pad ahari Khamis malam Jumaat. Maka pada hari tersebut mertua wanita yang mengandung akan bersiap menghias rumah seperti menggantung langsir, langit – langit dan membentangkan hamparan yang indah serta menjemput sanak saudara kaum keluarga.
Setelah genap tujuh bulan seseorang wanita mengandung, mertua wnita tersebut akan bersiap sedia dengan berbagai alat untuk melenggang per serta menempah bidan. Masa yang baik selalunya pad ahari Khamis malam Jumaat. Maka pada hari tersebut mertua wanita yang mengandung akan bersiap menghias rumah seperti menggantung langsir, langit – langit dan membentangkan hamparan yang indah serta menjemput sanak saudara kaum keluarga.
Biasanya adat ini dilakukan pada akhri bulan antara dua puluj satu hingga dua puluh sembilan hari bulan Islam. Mas ayang sebaiknya ialah pada hari Rabu dan Khamis. Hari Selasa merupakan hari yang tidak sesuai untuk menempah bidan lebih lagi sekiranya pada hari tersebut ada berlaku kematian di kalangan keluarga mereka.
Upacara menempah bidan selalunya dilakukan untuk wanita yang mengandung anak sulung sahaja. Tujuan upacara bagi menentukan bidan yang bertanggungjawab untuk menyambut kelahiran bayi nanti. Adat menempah bidan ini dilakukan untuk merasmikan bahawa bidan tertentu dapat menguruskan kelahiran bayi.
Jikalau tempahan tidak dilakukan dikhuatiri bahawa bidan – bidan yang ada di kawasan tidak dapat menolong wanita yang hendak bersalin kerana keengganan mereka sendiri yang tidak menempah dari awal atau kerana ada tempahan lain pada masa yang sama.
Istilah melenggang perut digunakan oleh kebanyakan orang Melayu di Semenanjung Malaysia seperti Melaka dan Johor, manakala istilah ‘ kirim perut’ pula difahami oleh orang Melayu di sebelah utara seperti Perak, Kedah dan Perlis.
Adat melenggang perut dilakukan kepada bakal ibu yang mengandung anak sulung ketiak kandungan dipercayai genap tujuh bulan. Pada masa ini anak di dalam kandungan dipercayai sempurna sifatnya. Adat ini dijalankan pada waktu tertentu kerana di dalam masyarakat tradisi penentuan masa dan hari bagi melakukan sesuatu adalah sangat penting.
Tujuan melenggang perut adalah untuk membetulkan perut wanita yang mengandung supaya anak yang berada di dalam kandungan betul kedudukannya dan wanita mengandung akan senang melahirkan anak kelak.
Biidan memainkan peranan penting sekali waktu menjalankan upacara melenggang perut. Antara bahan yang disediakan untuk
Bidan akan mengurut perut wanita yang mengandung itu dengan minyak menjampi serta membetulkan kedudukan anak dalam kandungan. Selepas itu dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak tiga kali. Kemudian diletakkan kelapa yang telah dikupas licin di atas perut dan digulingkan ke arah kaki. Sebaik sahaja sampai ke kaki bakal ibu akan menendang kelapa itu dengan sekuat – kuatnya. Ianya dipercayai akan memberi kesenangan ketika melahirkan anak kelak. Kelapa tadi akan dibelah dan jika belahan itu lebih banyak pada bahagian matanya ia menandakan anak yang bakal lahir adalah lelaki.
Seterusnya sebiji telur digulingkan di atas perut bertujuan menjauhi kuasa ghaib, kemudian kunyit di atas perut bertujuan menghalau hantu syaitan. Selepas itu diambil sudu dan digosok ke atas perut dipercayai rupa paras bakal bayi akan cantik dan licin.
Mandi Melenggang Perut
Dalam upacara mandi melenggang perut terdapat bahan – bahan yang disediakan untuk menjalankan upacara itu seperti tepung tawar, tiga biji limau nipis, sebiji kelapa tua ynag telah dikupas, sedahan mayang pinang, sehelai kain lepas barat, dua batang lilin, sebuyung air biasa yang ditaburi 7 jenis bunga dan air tolak bala.
Dalam upacara mandi melenggang perut terdapat bahan – bahan yang disediakan untuk menjalankan upacara itu seperti tepung tawar, tiga biji limau nipis, sebiji kelapa tua ynag telah dikupas, sedahan mayang pinang, sehelai kain lepas barat, dua batang lilin, sebuyung air biasa yang ditaburi 7 jenis bunga dan air tolak bala.
Biasanya tempat masdi adalah menghala ke dalam rumah. Disediakan bangku tempat mandi dan wanita hamil akan duduk di ats bangku tersebut. Upacara ini dimulakan dengan doa selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapat restu. Wanita hamil akan diandam supaya anak yang bakal dilahirkan tidak berbulu. Wanita hamil akan berkemban dan bidan akan menjurus air dibantu oleh beberapa orang lain yang mengibas mayang pinang. Ketika air buyung dijurus ke tubuh wanita itu, sebiji telur diselitkan di lipatan kain basahan dan kemudian telur itu dilepaskan. Kemudian dimandikan dengan air 7 telaga dan ditaburi dengan 7 jenis bunga. Akhir sekali air tolak bala dijurus dan upacara mandi lenggang pun berakhir.
Mengadap Perut
Pada zaman sahulu upacara mengadap semangat dilakukan di atas pelamin kecil yang dihias indah. Ia sebagai tempat wanita hamil duduk dan mengadap semangat. Upacara ini hanya dihadiri oleh kaum wanita sahaja. Disediakan nasi semangat, nasi kunyit, telur dan buah. Di atas nasi kunyit dipecahkan telur dan sejambak bunga.
Pada zaman sahulu upacara mengadap semangat dilakukan di atas pelamin kecil yang dihias indah. Ia sebagai tempat wanita hamil duduk dan mengadap semangat. Upacara ini hanya dihadiri oleh kaum wanita sahaja. Disediakan nasi semangat, nasi kunyit, telur dan buah. Di atas nasi kunyit dipecahkan telur dan sejambak bunga.
Ayam panggang dan kerutup daging diletakkan dalam tiap – tiap bekas yang berasingan sebagai pemberian kepada semangat. Wanita hamil akan merasa sedikit garam dengan kepercayaan bayi yangakan dilahirkan nanti mempunyai sifat sempurna dan tidak cacat anggota.
Petua dan Pantang Larang Semasa Hamil
Pantang larang ialah perlakuan yang dipersetujui oleh kumpulan masyarakat. Masyarakat Melayu telah melakukan sedikit sebanyak tentang pantang larang yang sepatutnya dituruti oleh wanita yang hamil. Ia penting untuk keselamatan ibu dan bayi yang bakal lahir.
Pantang larang ialah perlakuan yang dipersetujui oleh kumpulan masyarakat. Masyarakat Melayu telah melakukan sedikit sebanyak tentang pantang larang yang sepatutnya dituruti oleh wanita yang hamil. Ia penting untuk keselamatan ibu dan bayi yang bakal lahir.
Dalam masyarakat melayu dapat dibahagikan kepada dua pantang larang iaitu dari segi perlakuan dan makanan. Dari segi perlakuan terdapat beberapa pantang larang dan petua yang semestinya diikuti oleh wanita yang mengandung.
- Wanita hamil dilarang mandi selepas waktu Magrib dan Isyak dan merendam kain baju basuhan sepanjang malam kerana dikhuatiri akan mendapat air kembung sewaktu bersalin.
- Wanita hamil dilarang melihat dan mendengar benda – benda yang menakutkan dikhuatiri anak yang bakal lahir nanti akan terkenan dan cacat.
- Wanita hamil dilarang ketawa, menghna dan mengejek ornag kerana dikhuatiri sifat – sifat orang yang dihina itu akan dimiliki oleh anak yang bakal lahir.
- Wanita hamil dilarang menghembus bara putung api kerana dikhuatiri melahirkan anak yang mempunyai gelap masa depan.
Mengerat Tali Pusat Bayi
Kemudian bidan akan mengerat tali pusat bayi. Gunting yang digunakan akan ditawar terlebih dahulu supaya hilang bisanya. Bidan akan membuat tiga ikatan simpul mati di tali pusat. Ikatan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum tali pusat dikerat dengan tujuan menyekat al darah daripada mengalir keluar apabila dipotong sama ada pada tali pusat mahupun tembuninya. Minyak urut ataupun inggu akan diletakkan pada bekas tempat dipotong supaya tali pusat cepat tanggal. Pembalut dilekapkan ke pusat bayi yang telah dipotong.
Kemudian bidan akan mengerat tali pusat bayi. Gunting yang digunakan akan ditawar terlebih dahulu supaya hilang bisanya. Bidan akan membuat tiga ikatan simpul mati di tali pusat. Ikatan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum tali pusat dikerat dengan tujuan menyekat al darah daripada mengalir keluar apabila dipotong sama ada pada tali pusat mahupun tembuninya. Minyak urut ataupun inggu akan diletakkan pada bekas tempat dipotong supaya tali pusat cepat tanggal. Pembalut dilekapkan ke pusat bayi yang telah dipotong.
Menanam Uri dan Tembuni
Apabila seseorang ibu bersalin, uri yang keluar bersama – sama bayitidak boleh dibuang begitu sahaja. Sebelum ditanam uri dan tembuni tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu. Uri tidak boleh ditanam tepat pada 12.00 tengah hari kerana dikhuatiri anak itu akan degil. Uri biasanya ditanam di pintu jalan bersama – sama asam, garam, jarum, buku dan pensil supaya anak menjadi rjin belajar dan menjadi murid yang pintar. Uri juga tidak boleh ditanam terlalu dalam kerana dipercayai proses pertuturan anak akan menjadi lambat.
CINA
![]() |
KAUM CINA |
Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. Kaum cina telah menetap di Malaysia selama berabad-abad, dan membentuk kumpulan etnik kedua terbesar. Orang Cina pertama yang menetap di Negeri-negeri Selat, terutamanya di dalam dan sekitar Melaka, secara beransur-ansur menerima unsur-unsur budaya Malaysia dan berkahwin dengan masyarakat Malaysia dan dengan ini, sebuah kumpulan etnik baru yang dipanggil muncul Peranakan. Orang-orang Cina telah mengadopsi tradisi Melayu sambil mengekalkan unsur-unsur budaya Cina seperti agama Buddha dan Taoisme yang sebahagian besarnya. Kepelbagaian Cina yang lebih biasa yang dituturkan di Semenanjung Malaysia adalah Kantonis, Mandarin, Hokkien, Hakka, Hainan, dan Fuzhou.
Lawatan dan Kunjungan
Semasa mengunjungi rumah orang – orang Cina, tetamu sebaik – baiknya duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah.
Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh. Dalam pada itu tetamu janganlah hendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka makan malam melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab – sebab yang sangat penting.
Kelahiran
Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak dibernarkan sama sekali.
Ibu yang mengandung mesti berjaga – jaga supaya tidak terperanjat dengan benda – benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira – kira sebulan selepas bersalin.
Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji “berat badannya”. Sebaliknya kata – kata pujian seperti “gemuk” atau “gemuk macam babi” dapat diterima.
Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah – hadiah itu dibungkus dengan kertas merah. Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur satu tahun.
Perkahwinan
Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan bagi seseorang lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk mendapatkan seseorang isteri. Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, Cina lelaki akan menghadapi banyak tanggungjawab baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa kemudiannya.
Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila kanak – kanak itu berumur di antara 7 dan 14 tahun. Selanjutnya tidak terikat lagi dengan peraturan tradisional bagi seseorang perempuan Cina untuk berkahwin.
Pada waktu dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa. Tetapi keadaan itu telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa masih mempunyai kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak – anak mereka. Walaupun kini perkahwinan tidak diatur oelh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan ia merupakan peringkat yang sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan juga penting.
Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu perkahwinan diadakan iaitu :
- Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami isteri yang sah dari segi undang – undang.
- Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin baru memberi teh kepada ahli – ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain.
- Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan – kawan akan dijemput.
Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja.
Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman perkahwinan itu kepada kawan – kawan dan dan saudara mara mereka dengan mengadakan jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Oleh kerana majlis ini penting maka tetamu – tetamu yang hadir eloklah memakai pakaian yang cantik dan berwarna merah. Sebaiknya – baiknya hendaklah dielakkan daripada memakai baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna – warna ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina.
Apabila tetamu berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah mengucapkan tahniah kepada mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut perkataan – perkataan yang sedih seperti kematian, sakit, bencana atau hantu apabila bertutur dengan kedua pengantin itu.
Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas berwarna merah.
Kematian
Pelawat – pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna – warni sewaktu pergi ke rumah orang mati. Sebaiknya – baiknya pelawat itu memakai baju berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya.
Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih “ duit kertas “ dan lain – lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma atau menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji – panji yang ditulis dengan kata – kata pujian kepada si mati.
Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau gula – gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula – gula yang diberi itu boleh dimakan.
INDIA
Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia, dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita. Orang India Malaysia ialah satu kaum yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yang lalu. Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti Chetty Melaka dan komuniti Mamak semasa Kesultanan Melaka dan semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau perdagangan. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta rakyat).
![]() |
PERKAHWINAN KAUM INDIA |
Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat india iaitu vaitikat thirumanam, tamil thirumanam, dan diya thirumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum. Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu kedalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki kedua ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa,memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang). Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum' air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.
Kematian
Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh. Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau di kebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini pelbagai adat ditentukan.
Upacara menanggalkan thaali
Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwunan hanya boleh ditanggalkan oleh isteri setelah suaminya meninggal dunia.
Upacara vaikkarasi
Setelah dimandi dan dihias cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara akan member penghormatan yang terakhir kepada si mati dan mendoakan agar roh si mati akan tenang. Pada masa yang sama,ucapan tenna adudaiya shinaneepottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.
Kollic catti
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengadungi api. Periuk tersebut di angkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa apa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh.
Perayaan bagi kaum india
Setiap bangsa dalam Negara Malaysia mempunyai perayaan yang tersendiri bagi kaum mereka tersendiri. Bagi kaum India mereka merayakan perayaan mereka seperti deepavali, thaipusam, dan ponggal bagi setiap tahun. Bagi perayaan Deepavali, penganut hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut hindu akan mengunjungi kuil,dimana patung dewa hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Bagi thaipusam pula, merupakan perayaan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas muka bumi. Tidak semua penganut hindu melakukan Nazar.
Nazar yang membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Bagi ponggal pula,perayaan ini diraikan secara beramai-ramai, iaitu dengan memasak menggunakan periuk yang kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat, bertujuan untuk menandakan masa mereka menuai hasil tanaman. Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah. Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap sebagai hari masyarakat Hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.




PANTANG LARANG SEWAKTUMENGANDUNG
Kaum Iban amat menekankan pentang larang sewaktu mengandung dan selepas bersalin. Pantang larang sewaktu mengandung bukan sahaja dikenakan kepada wanita yang sedang mengandung malah si suami turut dikenakan pantang larang, contohnya, mereka tidak dibenarkan memotong pokok yang menjalar di atas tanah kerana dikhuatiri berlakunya pendarahan berterusan semasa si ibu melahirkan. Mereka juga dilarang memecahkan telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi cacat. Selain itu mereka juga dilarang membawa kura-kura ke bilik kerana dikhuatiri bayi tersangkut semasa dilahirkan. Bakal ibu juga dilarang menuang minyak di tapak tangan untuk disapu ke rambut kerana dikhuatiri bayi yang akan lahir daripada menanah.
ADAT SELEPAS BERSALIN
Sebaik sahaja bayi dilahirkan ahli keluarga akan memalu buluh yang dikenali sebagai potong oleh masyarakat Iban sebagai tanda bayi telah dilahirkan dan untuk memanggil jiran tetangga. Namun selaras arus kemodenan ada keluarga yang menggunakan senapang untuk menggantikan potong.
Sebaik sahaja bayi dibersihkan bayi akan dibalut atau dibedung menggunakan kain khas yang dipanggil sebagai kain pua kumbu atau kain yang di sulam.
Si ibu akan diurut oleh bidan, bertujuan menghilangkan kesakitan selepas bersalin. Seterusnya ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu dibalut dengan kekalung iaitu sejenis kain yang di perbuat daripada kulit kayu akan di sapu pada badan si ibu.
Sepanjang tempoh berpantang si ibu perlu menjaga pemakanan selama 30 hari dan berdiang selama 40 hari. Semasa berpantang makanan, si ibu hanya dibenarkan memakan nasi bersama ikan kering atau ikan salai dan pucuk paku atau buah pulur. Makanan tersebut pula perlu dicampur dengan air rebusan halia bagi memanaskan badan si ibu.
Berdiang atau bersalai ialah duduk berhampiran unggun api. Unggun api perlu menggunakan kayu api yang dikhaskan, iaitu kayu malam dan kayu langsat. Hal ini demikian kerana kayu tersebut mempunyai khasiat tersendiri. Sepanjang tempoh 40 hari ini, si ibu perlu mencalitkan kapur pada tiang rumah sebagai penandahari. Tujuan bersalai adalah menghilangkan penyakit ibu yang baru bersalin.
ADAT PEMILIHAN NAMA KEPADA BAYI
Pemilihan nama amat penting bagi kaum Iban. Kerana mereka berpendapat nama yang baik akan memberi kesan yang baik kepada masa depan bayi tersebut. Nama timbangan terlebih dahulu di berikan sebelum nama rasmi. Nama rasmi di berikan berdasarkan nama orang terdahulu yang hebat dan berjasa. Agar, kelak bayi tersebut akan menjadi orang yang berguna. Cara pemilihan nama bagi kaum Iban merupakan adat yang sangat unik. Dua nama terbaik akan dipilih dan diletakkan di atas dua keping papan yang berlainan. Seterusnya gumpalan nasi diletakkan di atas papan tersebut. Seekor ayam jantan akan dilepaskan supayamemagut salah satu gumpalan nasi. Hal ini bermakna nama yang terdapat pada gumpalan nasi yang dipagutoleh ayam akan menjadi pilihan untuk nama bayi.
PERAYAAN GAWAI
Kaum iban menyambut perayaan yang di kenali sebagai perayaan hari Gawai. Perayaan ini disambut setiap tahun iaitu pada 1 dan 2 jun. Perayaan ini disambut sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi. Perayaan ini dianggap bermula apabila masyarakat Iban berkumpul di serambi umum rumah panjang di mana terletaknya ranyai iaitu pokok istiadat. Pada hari perayaan, kaum Iban akan mengenakan pakaian tradisional yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun-temurun. Hari gawai disambut dengan meriah di kampung-kampung mahupun bandar-bandar. Pada hari tersebut mereka akan berkumpul dan bersukaria di samping pelbagai makanan tradisional. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang perayaan, contohnya, persembahan tari-menari, meminum arak beras atau dikenali sebagai tuak dan lain-lain aktiviti yang menghiburkan. Pada perayaan tersebut juga kaum Iban akan menyembahkan makanan dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih atas hasil tuaian yang baik. Upacara penyembahan ini perlu mengikut adat iaitu wakil masyarakat Iban akan membacakan mantera dan seterusnya darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut. Salah satu acara yang paling dinanti-nantikan pada hari perayaan adalah ngajat lesung. Ngajat lesung ini adalah sejenis tarian, tetapi ia bukan sejenis tarian biasa, tetapi para penari akan bersaing menunjukkan kehebatan dengan mengangkat lesung penumbuk padi dengan menggunakan gigi. Perayaan ini akan berakhir apabila ranyai dibuang.
KAUM KADAZAN - DUSUN
Kaum ‘kadazan-dusun’ merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di pantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusun sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu ‘Kadazan’ dan ‘Dusun’ namun disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum ‘Kadazan’ dengan kaum ‘Dusun’ satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua kaum ini iaitu ‘Kadazan-Dusun’. Kaum Kadazan-Dusun membentuk etnik terbesar di Sabah.
Terdapat pelbagai suku kaum di dalam kaum Kadazan-Dusun antaranaya ialah bisaya, bonggi, bunddu, dumpas, gana ,garo, idaan, kedayan, kimarang dan kuijau. Oleh yang demikian kerana kaum Kadazan-dusun merupakan kaum yang kaya dengan pelbagai budaya dan adat istiadat yang merupakan warisan secara turun-turun oleh nenek moyang mereka dan melambangkan keindahan adat dan budaya mereka sebagai kaum terbesar di Sabah.
BUDAYA MASYARAKAT KADAZAN-DUSUN
Pakaian tradisional
Kadazan-dusun terkenal dengan kaum yang mempunyaibanyak sub-etnik yang kaya dengan budaya mereka sendiri. Oleh itu, setiap kaum dalam kadazan-dusun mempunyai perbezaannya pakaian tradisionalnya yang tersendiri. Contohnya pakaian tradisi bagi etnik dusun bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum kadazan-dusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Pakaian ini biasanya dipakai dimusim perayaan sepertipesta kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan. Kebiasaannya para gadis dari kaum Kadazandusun akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya pertandingan unduk ngadau kaamatan di peringkat negeri Sabah. Antara perbezaan pakaian suku kaum kadazan-dusun ialah seperti berikut:
Suku kaum rungus kudat
Kaum rungus merupakan kaum kadazan dusun yang tinggal di kawasan kudat. Kaum ini mempunyai perbezaan cirri-ciri pakaian mereka antaranya ciri-ciri pakaian tradisi kaum rungus di kudat ialah mempunyai blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil ‘Banat Tondu’. Terdapat juga sarong yang dipanggil ‘tapi rinugading’ selalunyadi pakai hingga paras lutut sahaja. Kain hitam yang berukuran lebar 28-30 sm pula akan disarungkan keleher hingga ke bahu dan berjuntai ke lengan dan terbentuklah pakaian berlengan. Baju kemeja berlengan pendek atau panjang hanya dikhususkan untuk golongan lelaki sahaja terdapat juga ‘siga’ untuk mengemaskan pakaian tersebut.
Selain itu, barangan kemas pula menjadi pelengkap pakaian tradisional kaum kudat,contohnya pemakaian rantai leher atau dipanggil ‘sanadang’ yang diperbuat daripada kulit kerang atau ‘kima’ berwarna putih berkilauan dan tulang haiwan. Terdapat juga sanggul atau dipanggil ‘titimbok’ oleh masyarakat rungus yang dipakaikan kepada pemakai pakaian tersebut. Berabun dan Giring pula merupakan barang kemas antic yang diperbuat daripadalogam emas berbentuk loceng turut melengkapkan pemakaian tersebut. Pemakaian barang kemas adalah satu kemestian bagi kaum dalam kadazan dusun,termasuk dengan kaum papar juga kerana mereka mengenakan barang kemas terhadap pakaian yang dipakai oleh mereka.
Suku kaum kadazan dusun penampang
Merupakan kaum utama dalam kaum kadazan dusun.suku kaum ini tinggal di kawasan penampang di pantai barat sabah. Suku kaum kadazan penampang juga mempunyai ciri-ciri pakaian tradisi mereka yang tersendiri menjadikan mereka salah satu daripada suku kaum yang unik dalam kaum kadazan dusun.Antara cirri pakaian tradisional mereka ialah mempunyai blaus tidak berlengan yang berwarna hitam atau baldu untuk kaum wanita mereka dipanggil ‘sinuangga’. Blaus berlengan pendek,berwarna hitam atau ‘baldu’ pula dikhususkan untuk wanita pertengahan umur atau ‘sinompukung’,manakala blaus berlengan pula digunakan oleh wanita golongan tua terutama ‘bobohizan’(kinoigan), untuk golongan lelaki pula kemeja berwarna hitam baldu dan berlengan panjang akan dipakai dan pemakaian siga yang mempunyai pelbagai pelbagai corak yang tersendiri. Pemakaian biasanya akan dihiasi dengan ‘renda’ atau siling utama keemasan pelbagai corak.
Kadazan dusun papar
Merupakan satu daripada kaum dalam masyarakat kadazan dusun dan ciri-ciri pakaian tradisi masyarakat ini ialah memakai blaus baldu hitam berlengan panjang ataupun dipanggil ‘siya’ oleh penduduk tempatan. Pemakaian baju di dalam yang berwarna putih atau ‘blaus putih’ pula perlu dilakukan untuk menampakkan perbezaan pakaian kaum ini. Kaum papar juga memakai sarung atau dipanggil ‘gonob’ berbeza dengan kaum rungus.terdapat juga pemakaian siga khas untuk kaum lelaki dan pemakaian baju kemeja baldu hitam berlengan panjang. Bagi kaum wanita ‘siung’ digunakan untuk menentukan jenis pemakaian contohnya pemakaian berlulu binatang (burung) yang berwarna untuk wanita bujang dan pemakaian berbunga-bungaan untuk golongan wanita yang sudah berkahwin.
Perhiasan pakaian bagi kaum papar terdiri daripada butang berwarna keemasan ‘kubamban’ sebanyak lapan pasang didada dan ‘siling’ dan labuci yang dijahit di lengan blaus juga terdapat tenunan yang dipanggil‘rinanakit’ bercorak cetusan bintang dijahit secara menegak dan melintang pada sarong (gonop)
Bahasa pengantar masyarakat kadazan dusun
Bahasa kadazan dusun ialah satu daripada 50 atau lebih bahasa dan lebih daripada 80 dielet di sabah. Bahasa kadazan dusun dituturkan oleh kebanyakan populasi di Sabah terutamanya di kawasan pendalaman Kota Kinabalu,Penampang,Ranau,Keningau dan Tambunan.walaupun kadazan dusun terdiri daripada pelbagai kaum yang disatukan tetapi bahasa pengantar yang digunakan oleh kaum-kaum ini adalah sama dan hanya mempunyai sedikit perbezaan seperti bahasa melayu an bahasa Indonesia.Bahasa ini digunakan oleh kaum kadazan dusun dalam melakukan aktiviti harian seperti bertani,berdagang,berniaga, dan lain-lain.
BAJAU
Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum kadazan.Terdapat pelbagai suku kaum dalam kalangan masyarakat bajau seperti Ilanun,sulu dan sebagainya.Kebanyakkan masyarakat bajau mendiami kawasan Semporna,dan Kota Belud.Dari segi sejarahnya,kaum lelaki dalam kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir.Seperti masyarakat etnik yang lain masyarakat Bajau juga terkenal dengan adat dan budaya mereka yang pelbagai dan unik.
Dari segi perkahwinan,kelahiran,dan,kematian masyarakat Bajau mempunyai adat mereka yang tersendiri.Bagi adat perkahwinan,majlis dibuat sebelum hari prkahwinan.Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya,tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin.Sepanjang hari tersebut pada sebelah malamnya majlis titik diadakan iaitu memainkan alat muzik di tempat kediaman kedua- dua belah pihak.Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam,kemudian diikuti dengan tarian tradisional.Sehari sebelum perkahwinan,bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak andam.Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap akan diusung dengan tandu atau menunggang kuda ketika menuju ke kediaman pengantin perempuan.Beberapa das tembakan akan dilepaskan sebagai tanda hormat akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah pengantin perempuan.Setelah tiba waktunya,pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan.Selepas itu,pengantin lelaki akan dibawa masuk ke bilik pengantin perempuan bagi upacara pembatalan air sembahyang.Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya,kedua dua mempelai itu disandingkan.
Adat kelahiran masyarakat Bajau pula ialah sewaktu mengandung,terdapat beberapa adat yang dijalankan antaranya ialah seperti berpantang.Bagi mengelakkan bahaya sewaktu mengandung,wanita tersebut perlu menjalani beberapa pantang larang tertentu.Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta kandungan,di samping memudahkan proses kelahiran kelak.Antara pantang larang tersebut ialah,wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus,wanita hamil juga tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana di bimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung sulung.Semasa bersalin pula,apabila sudah tiba masanya,bidan akan segera dipanggil dan peralatan tertentu turut disediakan.Adakalanya di bawah rumah tersebut,duri dan benda-benda tajam akan di letakkan bagi mengelakkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi.Selepas kelahiran,si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang.Antaranya ialah,si ibu harus memakai sarung yang berwarna gelap,biasanya hitam,kerana warna yang terang tidak baik untuk kesihatan mata bayi.
Bagi adat kematian pula,semasa kematian apabila seseorang itu meninggal dunia,doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain.Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia.Mengikut adat Bajau,mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka.Seterusnya, mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama islam.Semasa pengebumian,selepas disembahyangkan si mati akan di kebumikan.Adat naja-naja iaitu berjalan berulang alik di bawah keranda si mati oleh keluarga dan saudara-mara terdekat akan dilakukan.Apabila mayat hendak dikebumikan,adakalanya bersama-sama mayat tersebut disertakan beberapa biji buah pinang untuk mewakili anak cucu si mati yang masih kecil.Pinang tersebut dibungkus dalam sehelai kain putih yang sama dan diletakkan di sisi mayat.Tujuannya adalah supaya semangat mereka akan bersama si mati ke alam baqa.Seterusnya upacara keagamaan seperti yang dilakukan oleh masyarakat islam lain akan diadakan.Biasanya dari hari pertama hingga hari ketujuh selepas kematian,keluarga dan masyarakat setempat akan mengikuti beberapa pantang larang.Antaranya ialah,dari hari pertama sehingga hari ketujuh,rumah si mati tidak boleh dicuci.
Masyarakat Bajau juga terdapat kebudayaan mereka yang tersendiri,seperti makanan tradisional,tarian dan sebagainya.Dari segi makanan,terdapat pelbagai jenis makanan.Antaranya ialah kima,putu,dan Tompe atau tinompeh.Makanan tradisional kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesies,antaranya lapiran,kima bohe dan sollot-sollot iaitu bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu.Kima di jadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau.Kima ini boleh dimakan mentah-mentah setelah dihiris atau di potong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah ratus yang lain mengikut selera seseorang.Ia juga boleh di makan bersama sayur.Selain itu,makanan tradisional putu pula adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim.Manakala makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya.Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali,sehingga warna kekuning-kuningan.
MINANGKABAU
Orang Minangkabau merupakan penduduk asal kawasan yang kini dikenali sebagai Sumatera Barat di Indonesia. Pada permulaan abad ke-14, masyarakat Minangkabau tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Selepas itu berlakulah pernikahan antara orang Minangkabau dengan penduduk tempatan dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini merupakan pewaris asal Negeri Sembilan. Pemimpin hanya dipilih dari suku Biduanda ini. Para pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil ‘Penghulu’ dan kemudiannya dipanggil ‘Undang’ asalnya daripada suku Biduanda dan seterusnya wujud institusi Yang di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan. Minangkabau adalah gabungan daripada perkataan ‘Minang’ yang bermaksud ‘Menang’ dan ‘Kabau’ bermaksud ‘Kerbau’. Gabungan perkataan ini diperoleh daripada peristiwa perselisihan faham antara kerajaan Minangkabau dengan seorang Putera dari kerajaan Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di Tanah Melayu.Oleh itu, bagi mengelak daripada berperang masyarakat Minangkabau mencadangkan pertandingan beradu kerbau. Putera dari Jwa tersebut bersetuju dan menonjolkan seekor kerbau yang besar dan ganas. Masyarakat Minangkabau pula hanya menonjolkan seekor anak kerbau yang lapar, tetapi ditajamkan tanduknya. Semasa bertanding si anak kerbau tidak sengaja merodok tanduknya ke perut kerbau yang besar dan ganas itu untuk mencari puting susu bagi menghilangkan kelaparannya. Malangnya, kerbau yang besar dan ganas itu mati kerana tertusuk tanduk si anak kerbau tersebut. Maka masyarakat Minangkabau telah berjaya menyelesaikan perselisihan tersebut secara aman.
Masyarakat Minangkabau merupakan masyarakat Matrilineal yang terbesar di dunia. Adat ini menyebabkan kaum lelaki Minangkabau merantau untuk mencari ilmu dan kemewahan melalui perdagangan. Kanak-kanak lelaki seawal usia tujuh tahun selalunya akan meninggalkan rumah mereka untuk tinggal di surau yang mana mereka akan diajar dengan ilmu agama dan adat Minangkabau. Apabila remaja pula mereka digalakkan untuk meninggalkan kampung halaman untuk mencari pengalaman di dunia luar agar mereka dapat menjadi seorang yang lebih matang dan bertanggungjawab kepada keluarga dan nagari (kampung halaman).
Masyarakat Minangkabau umumnya beragama Islam. Oleh itu, majlis pernikahan bagi masyarakat ini dilakukan mengikut syariat Islam dan adat mereka yang tersendiri. Syarat-syarat perkahwinan bagi masyarakat Minangkabau adalah kedua calon mesti beragama Islam, tidak sedarah/tidak berasal daripada suku yang sama(kecuali persukuan itu berasal dari negeri/luhak yang lain), saling menghormati antara satu sama lain dan keluarga kedua belah pihak serta calon suami (maripulai) harus mempunyai sumber pendapatan. Perkahwinan yang tidak memenuhi syarat di atas dianggap perkahwinan sumbang. Selain itu, masih ada peraturan tertentu dan upacara adat agama Islamyang harus dipatuhi iaitu majlis jopuik manjopuik, pinang meminang, batuko tando, akad nikah, baralek gadang, jalangmenjalang, dan sebagainya.
Disamping itu, dalam upacara kematian, masyarakat Minangkabau mengutamakan perkara-perkara wajib menurut syariat Islam, seperti pengurusan jenazah. Seterusnya, akan diadakan majlis memperingati Allahyarham seperti manujuah hari(majlis memperingati tujuh hari), duo puluah hari (majlis memperingati hari ke empat puluh dan akhir sekalimanyaratuih hari (majlis memperingati hari ke seratus).
Bahasa Minangkabau mempunyai perkataan yang serupa dengan bahasa Melayu, tetapi berbeza dari segi sebutan dan tatabahasa. Contohnya:
“Sadang kayu di rimbo tok samo tinggi, kok kunun manusia”
Maksudnya : Sedangkan pohon di hutan tidak sama tinggi, apatah lagi manusia.
Masyarakat Minangkabau menyukai masakan pedas dan banyak menggunakan santan kelapa. Contohnya, rendang dan dendeng balado. Rendang mempunyai falsafah tersendiri bagi masyarakat Minangkabau iaitu musyawarah, mewakili empat bahan utamanya iaitu daging lembu mewakili para pemimpin suku adat, kelapa mewakili kaum intelektual, lada mewakili alim ulama yang tegas untuk mengajar hokum-hukum agama dan pemasak mewakili keseluruhan masyarakat Minangkabau. Seterusnya, dendeng balado pula merupakan hirisn tipis daging sapi yang dikeringkan lalu digoreng sehingga kering.
MELANAU
Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik di Sarawak. Masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam.Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.
KELAHIRAN
Sewaktu Mengandung
Ibu yang mengandung terikat daripada mengamalkan pantang larang. Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.
Si suami juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab. Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.
Perkahwinan
Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda bertunang dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan.
PELBAGAI KAUM MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE- 62 💗